Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dia didakwa di Mahkamah Majistret Jasin atas pertuduhan membunuh bekas abang iparnya dalam tragedi satu Syawal lalu.<br />Tertuduh, Mohd Amin Mohamad, 32 tahun dibicarakan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.